Masih mencari kedai print baju murah sehelai yang berkualiti? Jika Tuan Puan berminat untuk print hanya sehelai baju tanpa kos yang tinggi, sebenarnya terdapat beberapa strategi yang boleh Tuan Puan gunakan tau! Mari kami kongsikan beberapa tips terbaik sebelum Tuan Puan memulakan proses tempahan print baju baju murah sehelai ini.
1. Pilih Kaedah Printing yang Tepat
Memilih kaedah printing yang sesuai adalah penting untuk hasil print baju murah sehelai yang berkualiti dan berpatutan.
Ada 2 jenis kaedah printing untuk baju sehelai:
A. DTF (direct-to-film) heat press
Untuk pengetahuan Tuan Puan, print dengan kaedah Direct-To-Film (DTF) akan menawarkan warna yang lebih vibrant dan tahan lasak, terutamanya untuk kuantiti printing yang sedikit. Kaedah ini adalah lebih mesra bajet berbanding kaedah screen printing ataupun heat transfer, bagi pesanan sehelai baju.
Tips: Memilih print pindahan haba dapat memastikan warna yang hidup untuk sejumlah kecil baju tanpa mengorbankan kualiti, menjadikannya pilihan yang berpatutan dari segi kos.
B. DTG (direct-to-garment)
Seperti namanya, kaedah ini melibatkan printing terus(direct) pada pakaian dengan mesin printing. Kaedah printing secara Direct-To-Garment (DTG) ialah teknologi yang baharu, dan ia akan menghasilkan kualiti printing terbaik menggunakan inkjet printer yang diubah suai untuk print design tersebut terus pada fabrik.
DTG hanya boleh dicetak pada COTTON sahaja.
Menggunakan kaedah ini, kos sehelai baju lebih tinggi berbanding jika menggunakan kaedah DTF.
2. Pemilihan Kain dan Jenis Baju
Kain dan jenis baju yang dipilih akan mempengaruhi kos secara ketara. Baju cotton kebiasaannya adalah lebih berpatutan dan mudah disediakan untuk pesanan sehelai baju. Memilih berat kain standard yang diukur dalam GSM (gram per meter persegi) juga akan mempengaruhi kos printing.
Oleh itu, memilih baju dengan GSM yang lebih rendah sambil mengekalkan kualiti boleh membantu mengurangkan kos perbelanjaan Tuan Puan semua.
Tips: Memilih baju cotton 160gsm sebagai ganti kepada pilihan jenis kain yang lebih berat untuk pesanan sehelai baju, dapat mengekalkan kualiti printing baju tersebut di samping mengurangkan kos tempahan keseluruhan bagi sehelai baju.
3. Pertimbangkan Saiz dan Kawasan Print Baju Murah Sehelai
Perlu diingatkan juga, saiz baju, saiz cetakan dan bilangan kedudukan cetakan pada baju Tuan Puan juga boleh mempengaruhi kos perbelanjaan keseluruhan ya.
Printing yang lebih besar ataupun yang meliputi kawasan dengan lebih meluas, secara tidak langsung akan menambah kos perbelanjaan tempahan.
Maka untuk menjimatkan kos bagi printing sehelai baju, pertimbangkan saiz kawasan print yang lebih kecil dan design yang lebih mudah. Ini dapat menjimatkan masa dan tenaga dalam proses printing baju, sekali gus mengurangkan kos tempahan Tuan Puan.
Tips: Pertimbangkan untuk membuat printing hanya pada bahagian hadapan baju yang spesifik, untuk mengurangkan kos sambil mengekalkan design pilihan peribadi.
4. Menyediakan Gambar Design yang Berkualiti Tinggi
Persediaan gambar atau design berkualiti tinggi kepada pihak kedai yang menyediakan servis print baju murah sehelai adalah sangat penting. Ini dapat memastikan kejelasan dan ketepatan design yang bakal diprint, di samping mengurangkan risiko kesilapan atau keperluan untuk re-print yang sudah semestinya akan menambah kos.
Tips: Menghantar gambar design dalam format vektor atau JPEG berkualiti tinggi adalah digalakkan, bagi memastikan hasil printing yang lebih jelas dan tepat.
Dengan mempertimbangkan faktor-faktor seperti keadaan design, kaedah print, pilihan kain, kawasan print, dan fail design berkualiti tinggi ini, Tuan Puan pasti akan memperoleh penyelesaian yang berpatutan untuk print baju sehelai tanpa mengorbankan kualiti produk akhir nanti. Jadi, pastikan Tuan Puan take note tips-tips yang kami berikan di atas ya!
Realtees, Kedai Print Baju Murah Sehelai Shah Alam Pilihan Anda!
Masih buntu nak mencari kedai print baju murah sehelai yang terbaik? Izinkan kami memperkenalkan kedai printing Realtees, sebuah kedai print baju murah sehelai yang berkualiti dan dipercayai di Shah Alam.
Khas buat Tuan Puan berwarga Selangor, Shah Alam dan sekitarnya yang sedang mencari servis jahitan uniform berkualiti, penghasilan trofi custom, mahupun printing hanya sehelai baju berkualiti pada harga yang murah, Realtees adalah jawapannya!
Di sini turut kami sediakan beberapa maklumat kedai untuk kemudahan Tuan Puan.
Lokasi: No. 9G, Jalan Pahat H 15/H, Dataran Automobil, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat | 9:00 A.M. – 5:00 P.M.
FAQ: Kenapa Perlu Pilih Realtees? | Kedai Print Baju Murah Sehelai Shah Alam
Di Realtees, kami memperkenalkan konsep yang lebih daripada sekadar kedai jahit dan printing! Untuk menerangkan dengan lebih lanjut, di bawah merupakan beberapa soalan dan jawapan mengapa Realtees perlu dijadikan sebagai pilihan utama Tuan Puan semua.
1. Masa Penghasilan Terpantas untuk Sehelai Baju
- Proses hanya mengambil masa 1-2 hari.
- RM25/sehelai untuk baju round neck, saiz A4 di bahagian depan, dengan material lengan pendek cotton 160gsm.
2. Teknologi Printing Terbaik dan Berkualiti
- Printing Direct-To-Film (DTF) tersedia.
- Warna-warna yang vibrant.
- Bahan yang tahan lama; jika berlaku apa-apa kesilapan, akan digantikan dengan baju baharu.
3. Pelanggan Perlu Menyediakan Design Printing
- Gambar-gambar beresolusi tinggi adalah digalakkan.
- Pelanggan boleh menyediakan design sendiri; Kebiasaanya pelanggan gunakan Canva atau Adobe Illustrator.
4. Layanan Mesra Pelanggan Walaupun untuk Pesanan Sehelai Baju
- Bantuan design baju percuma disediakan buat pelanggan.
- Kapas dengan 190gsm dan bahan 100% cotton digunakan untuk print sehelai baju murah.
5. Jenis Baju yang Disediakan untuk Pesanan Print Sehelai Baju Murah
- Pilihan baju cotton round neck: 160gsm/180gsm/190gsm/200gsm
- Pelbagai jenis baju disediakan seperti:
– Baju round neck
– Baju oversize
– Jersi material eyelet
– Windbreaker
– Hoodie
– Baju Muslimah
– Baju round neck lengan panjang
– Baju lengan pendek atau lengan panjang berkolar
Berminat untuk Membuat Tempahan Printing dan Jahitan Bersama Realtees?
Realtees menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan printing serta jahitan baju dan uniform, termasuklah penghasilan cenderahati untuk pelbagai acara dan perayaan. Buat anda yang tinggal di sekitar Selangor dan Shah Alam, Realtees sememangnya pilihan yang tepat untuk anda.
Proses sulaman dan cetakan juga dihasilkan melalui mesin teknologi terkini dengan fabrik berkualiti tinggi daripada para pembekal Realtees. Jadi buat mereka yang ingin membuat tempahan bersama Realtees, anda boleh rujuk informasi di bawah seperti berikut:
- Shop: +03-5523 7758
- Mobile: +60 16-947 5420 (Nurul) / +60 10-451 7823 (Ziera) / +60 10-452 1543 (Rozzy)
- Email: realtees@gmail.com
Bagi anda yang mahukan sebarang info terkini pula, pastikan anda Like, Follow dan Subscribe saluran media sosial Realtees seperti yang tertera.