Memilih kedai printing cenderahati murah adalah suatu perkara yang tidak mudah. Tidak kiralah sama ada cenderahati tersebut ingin digunakan secara peribadi ataupun di tempat kerja, kita tetap perlu mengambil kira beberapa perkara dalam memastikan kualitinya.
Kami juga yakin, Tuan Puan pasti tidak mahu membuat pesanan yang mahal, tetapi produk yang diperoleh adalah tidak berkualiti kan? Oleh itu, jom ikuti beberapa tips pemilihan kedai printing cenderahati murah dan berkualiti khas daripada Realtees.
1. Kualiti adalah Keutamaan
Apabila mempertimbangkan sesebuah kedai printing cenderahati murah, utamakan kualitinya terlebih dahulu! Kualiti ini bukan sekadar hasil printing semata-mata, namun ia juga merangkumi bahan-bahan yang digunakan dan kemahiran teknik printing pekedai.
Misalnya pemilihan bahan berkualiti tinggi seperti kapas organik untuk penghasilan t-shirt, mahupun kanvas yang kukuh untuk penghasilan sesebuah beg, kedua-duanya adalah sangat penting bagi memastikan produk akhir yang berkualiti dan memuaskan.
Ditambah pula dengan teknik printing yang advance seperti silkscreen printing, uv printing dan dtf heatpress printing ataupun sulaman, ia dapat membantu meningkatkan daya tarikan keseluruhan dan jangka hayat sesebuah cenderahati tersebut.
2. Kemahiran & Prestasi Printing | Kedai Printing Cenderahati Murah
Jangan terus mengehadkan carian Tuan Puan kepada kedai printing cenderahati murah pertama yang ditemui! Setiap kedai mempunyai keistimewaannya yang tersendiri, sama ada dalam kepelbagaian produk atau teknik printing cenderahati yang mereka ada.
Tuan Puan wajar melakukan perbandingan secara menyeluruh dari segi harga, kemahiran dan prestasi printing kedai-kedai tersebut. Lihat juga konsistensi dalam kualiti printing yang dihasilkan, serta daya ketahanan bahan-bahan tersebut melalui portfolio mereka.
3. Pesanan Minimum yang Tidak Membebankan
Setiap kedai printing cenderahati murah pasti mempunyai pesanan minimum yang mereka tetapkan. Keperluan minimum ini juga mungkin berbeza mengikut jenis produk atau kompleksiti reka bentuknya.
Kedai-kedai printing cenderahati murah ini juga selalunya akan menetapkan kuantiti pesanan minimum yang lebih tinggi untuk barangan khas atau custom seperti jaket yang dijahit, ataupun trofi yang dicustom.
Jadi, ia adalah sangat penting untuk Tuan Puan memastikan bersama pihak kedai tentang pesanan minimum yang mereka letakkan, bagi mengurangkan risiko sebarang kos tambahan yang tersembunyi.
Bayangkan Tuan Puan hanya memerlukan 5 cenderahati ataupun 1 sahaja uniform, tetapi pesanan minimum adalah 10? Sudah tentu bajet Tuan Puan akan lari nanti. Tak begitu?
– Team Realtees
Walau bagaimanapun, kami di Realtees tidak meletakkan sebarang pesanan minimum tau! Andai kata Tuan Puan hanya memerlukan satu produk sahaja, tiada masalah…
4. Sampel Kerja Terdahulu
Sebelum menyelesaikan pesanan, minta juga sampel atau hasil kerja terdahulu dari kedai tersebut. Menguji sampel daripada pekedai dapat memberikan pengalaman secara langsung kepada Tuan Puan, tentang kualiti printing dan kemahiran yang terlibat.
Pemeriksaan seperti ini membolehkan Tuan Puan untuk menilai ketajaman, ketepatan warna, dan ketahanan kaedah printing mereka.
Selain itu, dengan melihat hasil kerja terdahulu juga dapat memberikan gambaran tentang keupayaan pekedai tersebut melalui pelbagai produk. Sesebuah kedai mungkin cemerlang dalam kategori t-shirt printing, tetapi ia mungkin kekurangan dalam kategori printing mug seramik.
Oleh itu, nilailah kerja mereka terlebih dahulu supaya apa yang ingin dicapai adalah sejajar dengan kebolehan kedai tersebut ya!
Realtees, Kedai Printing Cenderahati Murah Shah Alam Pilihan Anda!
Masih buntu nak mencari kedai printing cenderahati terbaik macam yang kami terangkan melalui tips-tips di atas? Izinkan kami memperkenalkan kedai printing Realtees, sebuah kedai printing cenderahati murah dan berkualiti di Shah Alam.
Khas buat Tuan Puan berwarga Selangor, Shah Alam dan sekitarnya yang sedang mencari servis jahitan uniform berkualiti, mahupun penghasilan trofi custom, Realtees adalah jawapannya! Di sini turut kami sediakan beberapa maklumat kedai untuk kemudahan Tuan Puan.
Lokasi: No. 9G, Jalan Pahat H 15/H, Dataran Automobil, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat | 9:00 A.M. – 5:00 P.M.
FAQ: Kenapa Perlu Pilih Realtees? | Kedai Printing Cenderahati Murah
Di Realtees, kami memperkenalkan konsep yang lebih daripada sekadar kedai jahit dan printing. Untuk menerangkan dengan lebih lanjut, di bawah merupakan beberapa soalan dan jawapan mengapa Realtees perlu dijadikan sebagai pilihan utama Tuan Puan semua!
1. Apakah harga yang ditetapkan untuk kedai printing cenderahati murah di Realtees?
- Harga bergantung pada kuantiti dan jenis printing.
- Kuantiti minimum untuk item premium adalah berbeza mengikut produk.
- 1 piece order boleh sahaja dibuat oleh pelanggan, dengan syarat tanpa sebarang printing ya!
2. Berapakah masa yang diambil untuk proses printing cenderahati di Realtees?
- Antara 3 hari ke 10 hari, bergantung pada jenis printing yang diinginkan.
3. Adakah perkara yang biasa diminta oleh pelanggan Realtees?
- Pelanggan biasanya memilih item premium daripada katalog untuk ditambah sebagai design printing.
4. Bagaimanakah proses printing cenderahati dijalankan?
a. Pelanggan memulakan dengan memilih item premium.
b. Pelanggan memilih design (1 warna atau warna penuh).
c. Realtees mengeluarkan artwork terlebih dahulu.
d. Pelanggan akan mengesahkan artwork tersebut.
e. Pelanggan membuat bayaran deposit sekiranya bersetuju.
f. Antara tiga jenis printing yang boleh dipilih adalah seperti berikut:
– Silk screen (untuk 1 atau 2 warna)
– Heat press (untuk 1 atau 4 warna)
– Printing UV (untuk 4 warna atau warna penuh)
5. Apakah pakej yang disediakan oleh Realtees untuk pelanggan yang berminat?
- Pakej non woven bag: 100 pieces dengan “1 warna, 1 sisi” pada harga RM2.80, termasuk design percuma!
6. Apakah pesanan yang gemar diambil oleh pelanggan?
- Jenis produk kegemaran pelanggan adalah tali leher, cawan, tumbler, dan beg seperti beg non-woven, beg kanvas, ataupun beg ransel.
7. Apakah yang membezakan Realtees dengan kedai printing cenderahati lain di Shah Alam?
- Perkhidmatan kami adalah mesra pelanggan dan konsisten.
- Hasil printing dan jahitan uniform kami adalah antara yang berkualiti tinggi
- Kuantiti pesanan minimum kami bermula daripada 1 helai sahaja, bergantung pada jenis produk.
8. Adakah Realtees menyediakan perkhidmatan penghantaran produk?
- Ya, tetapi hanya di sekitar Lembah Klang.
- Khas untuk pesanan melebihi RM1,500 dan ke atas sahaja.
Berminat untuk membuat tempahan printing dan jahitan bersama Realtees?
Realtees menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan printing serta jahitan baju dan uniform, termasuklah penghasilan cenderahati untuk pelbagai acara dan perayaan. Buat anda yang tinggal di sekitar Selangor dan Shah Alam, Realtees sememangnya pilihan yang tepat untuk anda.
Proses sulaman dan cetakan juga dihasilkan melalui mesin teknologi terkini dengan fabrik berkualiti tinggi daripada para pembekal Realtees. Jadi buat mereka yang ingin membuat tempahan bersama Realtees, anda boleh rujuk informasi di bawah seperti berikut:
- Shop: +03-5523 7758
- Mobile: +60 16-947 5420 (Nurul) / +60 10-451 7823 (Ziera) / +60 10-452 1543 (Rozzy)
- Email: realtees@gmail.com
Bagi anda yang mahukan sebarang info terkini pula, pastikan anda Like, Follow dan Subscribe saluran media sosial Realtees seperti yang tertera.