Tuan Puan masih mencari kedai jahit uniform Shah Alam yang berkualiti? Untuk pengetahuan Tuan Puan, terdapat beberapa tips penting yang perlu anda pertimbangkan bagi memastikan kedai jahit pilihan tersebut adalah tepat, serta sejajar dengan visi dan keperluan Tuan Puan. Antara tipsnya adalah:

1. Portfolio dan Pengalaman yang Luas

Sebelum memutuskan kedai menjahit uniform pilihan, telusuri terlebih dahulu portofolio mereka secara mendalam. Lihat juga pada bahagian koleksi yang pelbagai dan luas daripada hasil-hasil kerja mereka yang sebelumnya. Ia pasti boleh memberi anda ‘hint‘ tentang pengalaman dan kemahiran penjahit.

2. Kualiti Menjadi Fokus Utama Mereka | Kedai Jahit Uniform Shah Alam

Kualiti bahan yang digunakan dan tingkat kemahiran dalam penjahitan memainkan peranan besar dalam menentukan daya tahan dan daya tarik visual pada sesebuah pakaian uniform.

Kami di Realtees, salah sebuah kedai menjahit uniform Shah Alam sememangnya mengutamakan penggunaan bahan berkualiti tinggi dalam mempamerkan keunggulan hasil kerja. Ia juga sekali gus dapat menjamin kualiti uniform Tuan Puan untuk tahan lebih lama, di samping mengekalkan ciri-ciri profesionalismanya.

3. Customization & Kemahiran Penjahitan

Jika organisasi atau pasukan Tuan Puan adalah unik, maka uniform yang dihasilkan juga wajarlah mencerminkan keunikan tersebut. Tuan Puan disarankan untuk mencari kedai jahit yang menawarkan pilihan design, terutamanya yang menyediakan servis customization seperti di Realtees Shah Alam.

Selain daripada apron, sach dan mafla, kedai jahit Realtees juga menjahit uniform seperti baju korporat (F1 Shirt), jaket pekerja, vest (reporter vest dan vest penguatkuasa).

Pelanggan juga boleh memilih dari pelbagai pilihan material, sama ada viscose, comb cotton, poly cotton, polysoft, polyester, cotton drill, TC drill, oxford dan juga denim mengikut pilihan masing-masing.

Pelanggan mempunyai dua pilihan jika menempah uniform di kedai Realtees iaitu tempahan:

A. Baju “readymade”, pelanggan hanya perlu pilih saiz dan design yang sedia ada dan sulam logo di baju.

B. Baju custom (cut to measure), yang mana saiz pelanggan akan disukat mengikut badan. Pelanggan boleh pilih warna, bentuk kolar, jenis jahitan, bentuk jahitan cuff, labuh baju (sama ada muslimah atau biasa bagi wanita).

4. Testimoni dan Review Pelanggan

Pengalaman klien-klien sebelumnya banyak mengungkapkan tentang kehandalan sesebuah kedai jahit dan kualiti layanan yang diberikan. Jadi, pastikan anda telusuri ulasan dan testimoni kedai jahit terlebih dahulu untuk menilai tingkat kepuasan para pelanggan mereka.

Testimoni positif ini bukan semata-mata menandakan bahawa klien berpuas hati terhadap hasil yang diperoleh, bahkan ia juga memperlihatkan konsistensi dan komitment kedai jahit tersebut terhadap servis yang disediakan.

5. Penetapan Harga yang ‘Transparent‘ | Kedai Jahit Uniform Shah Alam

Ketelusan dalam penetapan harga juga adalah hal yang sangat penting. Kedai jahit uniform Shah Alam yang berkualiti seharusnya menawarkan penetapan harga yang transparent tanpa biaya tersembunyi atau biaya yang tidak terduga. Pastikan anda survey sehabis baik perkara yang berkaitan dengan harga ya!

6. Berdaftar & Mematuhi Undang-undang

Akhir sekali, pastikan kedai jahit uniform Shah Alam pilihan anda telah berdaftar bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) contohnya. Ia bukan sekadar memaparkan kredibiliti sesebuah perniagaan tersebut, bahkan ia juga menunjukkan kepatuhan mereka terhadap undang-undang perniagaan Malaysia.

Realtees, Kedai Jahit Uniform Shah Alam Pilihan Anda!

kedai jahit uniform shah alam

Jika Tuan Puan sedang mencari servis jahitan uniform berkualiti, Realtees adalah jawapannya! Di sini turut kami sediakan beberapa maklumat untuk kemudahan Tuan Puan.

Lokasi: No. 9G, Jalan Pahat H 15/H, Dataran Automobil, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat | 9:00 A.M. – 5:00 P.M.

Kenapa Perlu Pilih Realtees? | Kedai Jahit Uniform Shah Alam

Di Realtees, kami memperkenalkan konsep yang lebih dari sekadar kedai jahit. Ini adalah antara sebab mengapa kami menjadi pilihan utama Tuan Puan:

1. Kecekapan & Kepercayaan: Dengan pengalaman lebih dari satu dekad dalam percetakan dan sulaman, kami telah mendapat kepercayaan daripada pelanggan swasta, kerajaan, dan luar negara. Pengiktirafan kami oleh SSM dan MOF sejak 2006 adalah bukti keboleh percayaan anda terhadap kami.

2. Kualiti & Harga Terbaik: Baik untuk satu t-shirt atau pesanan dalam jumlah besar, kami boleh menjamin hasil kualiti terbaik pada harga yang berpatutan. Komitmen kami tetap konsisten dalam memberikan nilai tanpa mengorbankan kualiti.

3. Penghasilan dan Penghantaran yang Cepat: Kelajuan sejajar kualiti adalah penting bagi kami! Bagi t-shirt, kami boleh menghasilkannya seawal 1 hari sahaja, manakala bagi pakaian uniform dan trofi dapat diuruskan dalam tempoh 2-3 minggu.

4. Perkhidmatan Menyeluruh: Selain pesanan dalam kuantiti besar, kami juga menerima pesanan secara individu. Dari sehelai pakaian custom sehinggalah ke uniform korporat, kad perniagaan, dan banyak lagi. Kami boleh memenuhi keperluan Tuan Puan di bawah satu bumbung, menjadikannya lebih mudah untuk semua.

Berminat untuk Menempah Bersama Kedai Jahit Uniform Shah Alam Realtees?

kedai jahit uniform shah alam

Realtees menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan printing serta jahitan baju dan uniform, termasuklah penghasilan cenderahati untuk pelbagai acara dan perayaan. Buat anda yang tinggal di sekitar Selangor dan Shah Alam, Realtees sememangnya pilihan yang tepat untuk anda.

Proses sulaman dan cetakan juga dihasilkan melalui mesin teknologi terkini dengan fabrik berkualiti tinggi daripada para pembekal Realtees. Jadi buat mereka yang ingin membuat tempahan bersama Realtees, anda boleh rujuk informasi di bawah seperti berikut:

Bagi anda yang mahukan sebarang info terkini pula, pastikan anda Like, Follow dan Subscribe saluran media sosial Realtees seperti yang tertera.

Website | Facebook | Instagram